Salam perkenalan..
Sebenarnya dah lama aku teringin nak buat blog. Tapi hajat niat nak tulis blog ni asek dok tertangguh je.., sehinggalah pada saat ni-waktu sekarang ni di mana aku dah buat 'wrong calculation' on my sleeping schedule. Dan akibatnya aku dah tak boleh tido mengikut masa yg betul yg sepatutnya. Aku ni jenis yg tak boleh lari dari jadual tabiat aku yg kena tido 8 jam sehari (nak ikut jadual for beauty sleep la katakan). Tapi, secara jujurnya aku rasa aku tak dapat kot nak tido 8 jam sehari sebabnya jam tido aku mesti akan terlajak ke 10-12 jam. Well, that's me-kaki tgn tido punya org. HAHA
Sementara jari jemari aku masih rajin dok menari kat atas keyboard ni, aku nak citer la sket ape yg aku lalui sepanjang hari ni. Memandangkan esok hari pertama puasa bg tahun ni, aku tinggal je berdua dgn member aku sorang sebab yg lain masing2 pulang ke kampong halaman sebab nak menyambut 1st Ramadhan dgn family masing2. Jadi keadaan rumah ni teramatlah aman dan damai sampaikan bunyi perut yg tgh mendendangkan lagu rock pun dpt di dengari dgn jelas. Biasalah.. bila dah dtg penyakit malas, sanggup berlapar lagi dari memasak kat dapo tu. Ish..anak sapelah ni kan..?
Memandangkan aku sedang gilakan adalah satu lagu korea ni, so aku dgn senang hatinya bukaklah youtube untuk mencari video clip lagu ni. Aku ni jenis yg tak puas bukak satu link. So, aku pun bukaklah banyak2 link yg ada lagu tu tapi berlainan video clip. Pastu, ada satu video clip ni bertajuk '(don't dare to klik if you easily faint)'. Dah dia da tulis kat situ jgn bukak kalo anda senang pengsan, tapi tangan aku ni gatal gak nak klik kat situ dan tgk.-Curious yg menebal dalam diri sumtime tak bagus gak. Mula2 okay je video dia dah akhir2 tu sekali-POOM! Keluarlah makhluk yg AKU NAK SGT AVOID dari tgk secara live. Padanlah dgn muka aku! Sape suruh tak nak tido lagi. Kalo dari tadi aku tido, mungkin aku dah sampai ke Pluto dah kot. Again-semuanya pasal 'wrong calculation' waktu tido. T_T
Setakat ni jela entry post aku kali ni. Mau tido woo.. Kalo tak tido, esok jadi superman superwoman terhormat la aku kat dalam bilik kuliah nanti. Aku akan bersastera lagi if there's a free time for me to do so. Correction-kalo aku rajin nak menaip la. Ala, nak seribu daya, tak nak sejuta dalih..kan? Ape2 pun, let see first if i'll do coming back. Sebelum tu, Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak and live loosing a bit. Not too much-nanti takut screw up plak.
-Wassalam-
No comments:
Post a Comment